Perbezaan Jenis Coklat

Coklat diperbuat daripada 2 jenis iaitu coklat tulen (Chocolate couverture) dan coklat compound. Namun begitu, coklat masakan SAMA SEKALI tidak boleh untuk di buat coklat.

Coklat Couverture @ real coklat merupakan coklat yang dihasilkan munggunkan cocoa butter (mentega koko) dan kerana itulah coklat yang diperbuat daripada coklat tulen lebih sedap dan sudah tentu mahal harganya daripada coklat compound. Contoh coklat yang dibuat menggunakan coklat Couverture ialah coklat Ferrore Rocher ,Cadbury dan semua coklat mahal. Coklat tulen yang belum dibentuk seperti coklat bar atau coklat handmade hanya dijual di speciality shop,selalunya ia dijual sebagai Dark Chocolate (cocoa,cocoa butter & gula), Milk Chocolate (cocoa, milk powder,cocoa butter & gula), White Chocolate (milk powder,cocoa butter & gula)

Coklat Compound merupakan coklat yang diperbuat menggunakan lemak sayuran, sebagai pengganti lemak koko seperti lemak dari kelapa sawit (vegetable fat). Boleh dijadikan candy tetapi lebih keras berbanding dengan candy yang diperbuat dari coklat tulen dan ianya lebih stabil pada suhu bilik dan paling sesuai untuk digunakan sebagai coklat coating. Coklat compound juga ada dijual sebagai dark coklat,milk coklat dan white coklat.

Bagi membezakan antara coklat tulen dan compound ialah dengan melihat takat kecairan coklat apabila dipegang. Apabila coklat mudah cair selepas dipegang maka kebarangkalian coklat tersebut terdiri daripada coklat tulen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan